"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayatpun"
(Sabda Rasulullah SAW)


Isnin, 8 Februari 2010

JANGAN JANGAN JANGAN

ASSALAMUALAIKOM WARAHMATULAHI WABARAKATUH

Dalam Kerendahan Diri,Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta,Ada Kekayaan Budi,
Dalam Kesempitan Hidup,Ada Keluasan Ilmu,
Hidup ini indah jika,Segala-segalanya Kerana Allah..

Jangan,jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat
Perbuatan ini Allah tidak suka,
Kalau tertidur lain cerita

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar)
Takut kalau-kalau terbawa najis
mengotori seluruh rumah kita

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia membahayakan

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

Jangan makan tanpa membaca BIsmillah dan doa makan,
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebajikan
Takut-takut kita mati dalam perjalanan

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti kita gelap,diselaputi dosa

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah

Jangan mengumpat sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatn kita
hilang bahagia

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.Nanti
kita sombong kalau berjaya,
kalau gagal kecewa pula

Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita

Jangan banyak ketawa,nanti mati jiwa

Jangan biaskan berbohong kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepeda kita

Jangan suka menganiaya manusi atau haiwan.Doa
makhluk yang teraniya cepat dimakbulkan ALLAH

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan
kekal selamanya.

Jangan mempertikai kenapa ISLAM itu berkata JANGAN
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan